Gwiyomi
atau maksudnya Cutie merupakan pergerakan comel yang dicipta oleh
seorang budak bernama Jung Ilhoon yang berusia 18 tahun. Ilhoon
merupakan kumpulan Idol terkenal Korea iaitu BTOB dan dia ialah seorang
rapper dalam kumpulan tersebut.
Gwiyomi pertama yang ditunjukkan olehnya adalah pada 9 ogos 2012 dalam episod 24 MTV BTOB Diary. Secara rasmi,Gwiyomi
diperkenalkan dalam rancangan 'Weekly Idol' semasa BTOB menjadi artis
jemputan pada masa itu. Sejak itu, Weekly Idol telah menjadikan Gwiyomi
sebagai sub-topik yang dibincangkan dimana setiap artis yang dijmput
diminta agar membuat Gwiyomi. Oleh itu, Ilhoon dijemput untuk menjadi
'Maskot' dan 'Gwiyomi Master' untuk rancangan itu dan mengajar Gwiyomi
pada artis-artis yang datang.
Sejak
itu,Gwiyomi menjadi fenomena comel selepas fenomena "buing-buing".
Bukan sahaja artis,malah peminat juga mengikut membuat pergerakan comel
ini.
Pada 18 Februari 2013,Hari iaitu artis indie dari Korea Selatan, telah mengeluarkan lagu yang bertajuk "Gwiyomi Song"
yang diinspirasikan oleh Ilhoon. Lagu itu mendapat sambutan yang
menggalakkan dari peminat dan seterusnya menyebarkan pengaruh Gwiyomi di
seluruh dunia.
Pada 24 Februari 2013,Gwiyomi Master iaitu Ilhoon telah mengeluarkan music video untuk "Gwiyomi Song" di laman youtube rasmi syarikatnya, Cube Entertainment dengan menggunakan liriknya sendiri.
Ini memberi inspirasi kepada ramai peminat Ilhoon untuk melakukan Gwiyomi versi mereka sendiri.
Disini admin nk share sedikit video aksi cute gwiyomi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan